Search..

Tuesday, November 30, 2010

manipulasi..

Sebenarnya, aku bukan sengaja memberi pendapat kepada seseorang tentang manipulasi.. Bila sebut pasal manipulasi je.. orang akan kata.. ia perkara yang tak baik.. ia sesuatu yang gila, sakit jiwa.. Perkara negatif, yang dipandang hina dan menyakitkan..
Tidak bagi aku, ia juga sekadar kata-kata bangga yang sekali gus menunjukkan anda hebat tentang penceritaan dimana memberi sesetengah manusia menjiwai dan mempercayai perkara tersebut. Manipulasi bukan sesuatu yang negatif sahaja. Ia membawa banyak erti, aku pun tak pasti kenapa perlu rasa ia memeritkan? Mungkin lain orang lain cara bukan?


So, Di sini aku nak terangkan lebih jelas kepada sesetengah orang yang tulis panjang-panjang kat blog tapi langsung tak paham apa itu manipulasi.. Sedangkan dalam masa yang sama anda cuba memanipulasikan sesebuah penceritaan realiti juga fantasi dan memberi sesetengah pihak menjiwai perkara tersebut serta mempercayainya, dan mungkin ia mempengaruhi seseorang.  Adakah anda sedar yang anda sedang dimanipulasi atau sedang melakukan sesuatu dengan cara manipulasi? Mari kita lihat.


cara aku memanipulasikan gambar :)




Manipulasi ..


1.   Perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat atau sebagainya) atau mengerjakan sesuatu (dengan tangan / mengolah) dengan cekap semestinya..
~seperti selalu kurosawa menyegarkan filemnya dengan visual dan bunyi yang menarik…
~menguasai bahasa dengan unsur sastera dimana memberi penjiwaan sedih, gembira atau sebaliknya…


Jelas : anda mengolah dan membikin sesebuah karya, seperti filem, gambar, perkataan yang di olah, buku novel dan sebagainya.
Tidak semua perkara kita boleh olah dengan baik bukan? Dengan menggunakan karya sastera ia juga boleh kelihatan menakjubkan.
Dalam seharian, kita terkadang menggunakan cara memanipulasi.. tapi sesetengah pihak berpandangan salah tentang maksudnya..
Ia bukan sesuatu yang sama seperti Psycho (menarik kepada sesuatu)


2.   Segala tindakan atau selok belok untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan (pendirian) orang lain tanpa kita sedari.


Jelas : secara positifnya seperti membawa seseorang kepada jalan yang benar tanpa memaksa atau paksaan. Menerangkan tentang masa depan yang tidak pasti benar dan membuat seseorang keliru dan percaya tentangnya.


3.   Sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yang dilakukan untuk faedah sendiri


Jelas : ini selalu terjadi pada masyarakat kita sekarang. Tanpa disedari mereka menyalah gunakan kesenangan dengan melakukan perbuatan yang membuatkan orang lain memberi tanpa menerima. 
Cth : abu seorang yang kaya, dan kawannya mengambil kesempatan dengan kekayaan abu..


Ok.. mungkin bagi sesetengah orang ia agak kurang jelas.. tapi ini adalah benar dari kamus dewan bahasa..dan aku mungkin memanipulasinya kembali dengan mengolah cara aku sendiri. Sekarang anda boleh faham apa itu manipulasi dari segi baik & tidak. 


Manusia tiada yang sempurna, bagi seseorang yang dapat menjiwai sesuatu dan mempengaruhi seseorang boleh dipanggil pemanipulasi.. dan jika akulah orang itu, ia sesuatu yang hebat.. bukan kerana aku jahat.. tapi kerana aku mencuba melakukan sesuatu dan ia dapat diterima ramai. Dan kadang kala ia membuatkan orang tidak menyedari perkara tersebut sudahpun terjadi. Salahnya arti manipulasi ialah dari segi negatif tentang salah guna perkataan. Dimana dengan cara tidak baik dan perlahan2..


Anda sang pemanipulasi? Patutkah anda berbangga atau rasa dihina?
Teruskan.. berfikirlah, kerana dengan berfikir dapat membuatkan anda rasa lebih sempurna..
Mungkin apa yang aku sampaikan ini sudahpun memanipulasikan diri anda..
Renung-renungkan.. dan selamat sejahtera hendaknya..

No comments:

Post a Comment