Search..

Monday, December 27, 2010

seindah khayalan

ku lihat kegembiraan manusia sekeliling, aman ku rasa,
ku tatap keharmonian setiap insan..
kadang ku terfikir, merehatkan otakku untuk berfikir lebih rasional.
sesetengah orang yang hidup dengan mengaibkan insan lain..
sangat menarik..
bagaimana dia hidup?
senantiasa berlegar-legar dalam kepura-puraan. 



kadang nafsu syaitan memaksa aku bertindak luar jangkaan,

tapi aku masih mempunyai ramai penenang hati.

peneman sejati.. yang bisa meruntuhkan nafsu syaitan itu.

hayat sering berpesan pada aku, untuk lebih bersabar,

diam bukan bererti kalah..

senyuman lebih penting dari hati yang buruk.


mengeluh sendiri..

aku redha, setiap nafas ku, nafas yang baik.

sekurang-kurangnya aku tidak dibelenggu hati busuk insan lain.

tenang bila difikirkan kembali saat kegemilangan,

perit dirasai, bila mengenangkan kisah pahit.



apapun,

apa yang kita ada sudah memadai dari apa yang tidak. bukan?
aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kesabaran.
aku tidak suka mengaibkan orang,

maaf jika aku pernah, sejujurnya, aku tidak berniat.
walaupun insan itu musuh ketat aku..
walaupun aku lagi buruk dari apapun.


hidup lebih indah jika kita memikirkan tentang perjalanan hidup kita
bukan untuk menghancurkan insan lain.

past is past, masa depan adalah satu harapan

aku tidak berani menyesal, tidak sesekali menyesal.

apa yang aku sisipkan,
tiada makna yang bisa menusuk dada sesiapa
jika kau terasa, maafkan aku.


kita insan biasa, tidak lari dari mala petaka~


cebisan kata-kata dari sang penanti.
assalammualaikum

Saturday, December 25, 2010

kawan-kawan KAHWIN..

YESTERDAY~


Adalah hari perkahwinan kawan-kawan ku.. yang dari sekolah sehingga ke politeknik.. Tahniah ye kawan-kawan.. ada juga aku bertanyakan tentang feel mereka.. wah, mereka kata, tiada apa-apa pun..

"tiada feel kah?" Y_______Y' ehe~ i mean, nerves ke.. happy sangat ke.. terlonjak-lonjakke? hihi...



tapi bagi kawan-kawan yang sudah melangkah ke alam perkahwinan tu, aku amat berharap mereka akan memulakan satu kehidupan yang lebih baik.. sampai ke anak cucu.. hihi.. walaupun datang dengan hanya salam pengantin dan bye-bye, bagi aku cukup untuk aku happy melihat mereka happy.. weee..

(yer, aku datang teman..)



tahniah sekali lagi sahabat, mungkin niat sebenar aku hadir sebab mama pesan

"jangan tak datang majlis orang bila orang dah jemput, nanti majlis sendiri takde sape nak datang.."

hihi~ bukanlah berniat nak kahwin pada usia muda, tapi sebab terkenangkan mama pesan.. yeee~

tapi bila difikirkan berulang kali lahkan, seronok kalau dapat datang awal, dan bertemu rakan-rakan yang lain.. hehe~ dang! syahdu rasanya..



bagi aku, macam nerves je bila nak kahwin ni.. tak tahu kenapa bagi orang lain COOL sangat.. but for me, sangat tak dapat nak jadi COOL..mungkin sebab sentiasa dengan keluarga tercinta, bila tengok kawan-kawan duduk atas pelamin, berpegangan tangan, rasa macam, wow!! sukar nak story bout that feeling.. poyo sudah!hahahaa...



oh, semalam lepas pergi kenduri, kami sekeluarga pergi melaka, nenek masuk ICU sebab strok. jadi sampai rumahpun pagi. teringat pula kawan comel aku, dia terpaksa pulang ke perak atas urusan tertentu. i miss u erin.



tidak banyak yang dapat aku sisipkan.. yang aku masih tidak lupa, kepada mama dan ayah yang membawa aku ke hulu ke hilir, untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan aku.. "juga perkahwinan kawan-kawan mereka".. TERIMA KASIH MAMA DAN AYAH!

series, semalam hari yang memenatkan.. hihihi...



here my friends wedding picture :


Afiq izzani and wife *siti fatimah
even dtg paling lambat.. berkesempatan tengok mereka..
kau kahwin dulu ye afiq! :)


si angah dan sharina..
im just to lucky sebab datang time mereka dah salin baju
but, mereka sangat sporting bila permintaanku ditunaikan..
walaaaaaah... selamat pengantin baru :)
dan selamat ke anak cucu..
amin~


anyway guys.. thanks for invite me :)

Monday, December 20, 2010

Aku Dan Kamu

melihat, semua gambar, segala cebisan komentar. semua aku ulang berkali-kali.. masa begitu pantas tanpa kita  sedari, manusia datang dan pergi.. kucing juga begitu. :) 


aku tersenyum sendiri, ditemani hujan dan kilat sabung menyabung, membuatkan hati lebih terdetik untuk mengimbau masa lalu. lama, keadaan begitu lama.. aku rindu segala-galanya. alhamdulillah, ada yang masih setia, ada juga yang sudah lupa. itu semua takdir.. takdir?yer, aku percaya tentang takdir. semuanya bermula dari Tuhan, dan diakhiri oleh-Nya jua. setiap ayat yang keluar, dari mulut setiap insan, ia juga bermula dari takdir yang telah ditentukan..



insan yang hadir dalam hidup aku, semua nya cukup unik, cukup pahit untuk ditelan, tapi manis untuk di semadikan. ramai sahabat yang sudah berumah tangga, ada yang akan berumah tangga. ada juga yang sudah tiada. hanya al-fatihah dapat kuberikan teman. mungkin kita lupa, aku juga.. bahawa semua ini satu percaturan dunia, kita merancang, ya, kita hanya merancang,tuhan yang akan menentukan. dan tanpa usaha, kita tidak akan dapat hasilnya. apa yang kita lakukan, disebabkan diri kita sendiri. bangun, bangkit, bahkan tidur. tiada yang menghalang, tiada yang memaksa. (walau dipaksa tidur tapi mata masih tidak lelap.) itu semua kehendak Tuhan. andainya hidup tiada erti kehidupan, kita tidak akan ada dimuka bumi ini.



there a wisdom behind the creation~~
ada hikmah disebalik kejadian~~


aku bukan penulis yang bisa mencoret sebuah kata-kata yang panjang, juga bukan sang pencerita, apa aku tulis, atas hati aku untuk mengungkapkan sesuatu, satu masa nanti, akan ada insan yang membuka blog aku dan bertanya tentang hidup aku. ya, semua aku sematkan di dalam blog usang tak usang ini. untuk ku buka suatu hari nanti. semuanya akan kuimbas, dengan satu senyuman, penuh keikhlasan. itu satu doa dari ku.
kerana setiap yang buruk datang dari aku, yang baik semuanya dari Tuhan yang satu.




imbas kembali semuanya. kenangan kita.. suka atau tidak.. maafkan aku..
jika ada yang aku tidak selitkan.bukan bermakna aku lupa.
maybe the connection lost..
MAAF










  Kamikaze

Luhur


Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

( korus )
Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

( ulang korus )

Menjadi satu kenangan yang abadi


Wednesday, December 8, 2010

suka ambil tahu?

terima kasih sebab peduli?






 urp.. entry tu tiada makna apa-apa, saja suka-suka..sebab ramai yang suka complain tentang kehidupan orang lain.. perlu ke? sekarang life dah cerahkan, perlu apa lagi dong??hihi...

memang macam-macam nak story, tapi idea hilang bila internet mula memprotes kerja aku.. mungkin aku tidak digalakkan mencaci orang.. owh, maaf semua kawan-kawan..apa yang terjadi semua secara tidak sengaja.. kita hanya merancang, tuhan tentukan~





oh, semalam.. ada najis tak dikenali tersesat singgah blog aku.. eww.. gelila.. jangan la singgah lagi ok? sebab aku tak perlukan kau pun... *mungkin beliau tiada life kot, kesian, hidup terlalu perfect sampai sebok maki orang 24 jam.. yeee :)





Mungkin ada musuh?

yup, siapa sangka kan? mungkin aku mempunyai ramai musuh.. haha.. siapa tahu? kamu semua ada musuh? musuh dalam selimut? musuh yang berkudis.. makin garu makin sedap? atau musuh yang cuba mengada-ngada.. biasalah perempuan, banyak sangat buat dosa kebasahan~ eh? kalau lelaki macam mana.. oh.. itu lagi loser kot.. hahahaha.. dang!!



oh yer, sebut pasal musuh, aku masih nak cerita pengalaman aku ke DESARU *tak ada kene mengena dengan musuh pun..

sebenarnya DESARU adalah satu tempat yang sangat indah, pantai, hotel.. semua nya.. termasuk puak-puak atau kawan dan kakak-kakak yang ada disitu.. aku suka DESARU. thanks kepada yayan~

disebabkan aku mengantuk dan letih, aku tak dapat nak cerita berjela pasal DESARU.. dan nampaknya terpaksa sambung di lain hari.. hihi.. *siot



ha, sebelum apa-apa, aku juga mahu berpesan pada sesiapa sahaja yang suka meluangkan masa baca disini.. sekali lagi.. *tak pernah baca? baguslah..tapi sekarangni tengah menuliske? hahaha~



"blog saya adalah untuk diri saya sendiri.. saya tidak perlukan pengkritik atau siapa-siapa yang agak suka menyemak.. kalau nak berkawan, follow je, owh, follow secara haram? itu lagi loser tau..haha.. dulu saya hide blog saya, saya on balik kerana kawan-kawan.. seandainya anda tak suka? itu saya tak pernah peduli.. dan semestinya saya bukan seorang yang bacul seperti anda.. kerana orang macam itu sangatlah tak ada life dalam hidup dan menyemak di blog saya.. (*yang agak-agak terasa..) dan saya tidak mengejar popularity pun..tak perlu pop up ke, link ke, fev blog atau apa-apa yang berkait..because im still not ready.. juga saya bukan jenis orang yang suka hidup dalam kepura-puraan.. konon-konon life bahagia, nak mewah, segak.. hakikatnya? porak peranda dan busuk hati pada orang lain.. tapi takpela.. life kamu perfect sangat, sebab tu kamu suka kutuk life orang lain.."



Bagi aku~ hidup perlu ceria.. walaupun ditimpa kebasahan.. hahahahah~
oh yer, sebelum apa-apa, aku nak beritahu sesiapa yang tiba-tiba singgah kat blog aku ni..


CAT for SALE
4kitty + mama cat..
3persian, 2mix..
interested or anything~

PM me..
Facebook lagi ok.. :)


"dah kalau lawa, lawaler jadinye, ate, dak usah le buat hodoh rope itu.. getik aye nengok.. perangai tak semegah di tambah pula rhebe yang sungguh kesian bebeno, kononnya nak cuba psyco aye, diri sendiri yang kesian aye nengok, idokler aye paham perangai manusia rhope ni.. eyh, tak sior aye nak layan, biorle yak? tak luakpun.. tapi aye pelik.. ngape deme suke beno ngaco.. deme takde kerje le tu.. kesian..~"


kembali bertugas..



assalammualaikum~ :)



Saturday, December 4, 2010

dan...

my baby bear-bear.. remind me to my bubbly hayat! hihi..wek~~~


heii... its time for the weekend! damn.. so bored right now, waiting for him.. skypoo~
tapi.. dia tak bangun lagi.. seeeh, awal pagi lagi ni.. ngehehe.. sempat nonton 'cinta kirana' yang agak sengal ceritanya ni.. hahaha.. lawak-lawak..



DAN baru tadi, sebentar tadi, kawan aku bawa 4ekor anak kucing DAN ibunya.. ke rumahku, RM250 package.. hihi.. syiok!! cute juga ni..

kangen doh tengok movie.. pfft, semenjak hayat sudah pergi sambung study.. dah tak nonton movie lagi.. adeh la~ :)



and the rain is falling, i miss u darling..

when i want to sleep.. i remember our memory and yes, its so sweet..



miss u kenshn hayat!!

!L0Ve!



*wei.. ko ni kan, Semakkan Blog akujer! isk isk..

Friday, December 3, 2010

seribu dua rasa

bulan december.. kembali.. yeay!! happy tau~

new year tahun ni tanpa kamu sayang.. damn!

mesti tak best kan? hmmm..

how about u?

bulan lepas kita asyik bertengkarje..

kesedihan melanda diri..



:)



cuba bertenang..hela nafas panjang..dan aku bahagia

hati rindu dia
*hayat

Wednesday, December 1, 2010

Jangan letakkan diri pada tempat yang tinggi, kau mungkin terjatuh nanti.

Sekarang aku berada di office, sangat menyedihkan bila aku rasa seperti tidak mahu lagi bersandiwarakan diri disini.. kui kui kui.. dunia ini luas, aku banyak merantau beberapa hari ini, dengan kerenah sahabat office *yayan yang banyak membawa aku mengenal kawasan-kawasan yang masih mengamalkan budaya kekeluargaan.. hihi.. (yeke?)



Dan buat pertama kalinya, aku pergi ke sebuah tempat yang agak pendalaman, DESARU

tempat yang memang sesuai untuk semua manusia di muka bumi ini.

indah, menakjubkan..

peramah ; itu lah yang sangat sesuai untuk pekerja, pnduduk & manusia yang ada di Desaru..



*walaupun pakcik kedai makan.. hihi, lagu awie & amy search tu memang GEMPAK la bro.. auwwch

sempat aku mengambil gambar yang menarik disana

dan kenal rapat orang-orang DESARU..

hihi.. jakun? oh.. ada aku segan? tidak sama sekali..



waah.. masa dah tamat.. time to go home and skype with my baby~ <3



Ombaknya menyamankan.. ups, nanti aku letak gambar tempatnya ok..
credit : Nur