Search..

Monday, July 30, 2012

Flower boy ramyun shop

Annyeong hashimnikka!


 
Dah tengok cerita bersiri  Flower boy ramyun shop?

Well, saya baru je menonton cerita ini minggu lepas, cerita yang kelakar dan agak pelik bagi aku. haha..
Flower Boy Ramyun Shop (bahasa Korea: 꽃미남 라면가게; Kkotminam Ramyeongage; atau dikenali sebagai Flower Boy Ramen Shop) adalah Drama siri TV Korea Selatan yang tengah hot di NTV7.

Cerita yang ber-gendres romantis komedi ni mengisahkan seorang gadis Yang Eun-bi (Lee Chung-ah) seorang pelajar universiti yang bersedia untuk peperiksaan perkhidmatan awam dengan impian menjadi seorang guru sekolah menengah. Tanpa disengajakan, dia telah menemui Cha Chi-soo (Jung Il-woo), anak seorang konglomerat makanan terbesar di Korea yang angkuh. Cha Chi-soo seorang lelaki yang digilai wanita dan sangat pandai mengayat perempuan. Eun-bi tertarik kepadanya sebelum dia mendapati bahawa cha chi-soo hanya seorang pelajar sekolah tinggi dan lebih muda daripada dia dan merupakan anak murid beliau sendiri. Lama kelamaan Eun-bi merasa tidak suka kepada cha chi-soo kerana sikap chi-soo yang angkuh dan ketidak perikemanusiaan. Eun-bi menjadi mempersonakan dengan sikapnya yang baik dan giat bersukan.
anak buah Eun-bi

Selepas bapa Eun-bi-(Jung Di-ki) meninggal dunia, dia amat terkejut setelah mengetahui bahawa bapanya mewasiatkan restoran ramen yang dimilikinya kepada Choi Kang-hyuk (Lee Ki-woo). Tidak lama kemudian Eun-bi mengetahui bahawa bapanya berbuat demikian supaya Eun-bi menghargai restoran ramen tersebut. Eun-bi, akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan perniagaan bapanya. kerana konflik dan cabaran, Chi-soo juga mula bekerja di kedai ramen secara part time, bersama-sama dengan pelajar sekolah tinggi yang lain, Kim Ba-wol (Park Min-woo) dan Woo Hyun-woo ( Jo Yoon-woo). Dengan kata lain, Chi-soo bekerja disitu untuk lebih dekat dengan Eun-bi. Kang-hyuk, yang mengetahui bahawa beliau dan Chi-soo sebenarnya mempunyai ibu yang sama, menyebabkan beliau ingin menjaga saudara tirinya itu.


 macho ok!


Kang-hyuk sebenarnya dari awal kemunculan amat berminat dengan Eun-bi dan sering mengatakan yang Eun-bi adalah isterinya , tetapi Eun-bi lebih tertarik kepada Chi-soo. Walau bagaimanapun, bapa Chi-soo (Joo Hyun) tidak meluluskan hubungan mereka. Ibu chi-soo (dan Kang-hyuk) juga sedar bahawa bapa chi-soo sememangnya menitik beratkan kekayaan dalam perhubungan. Syarikat bapa Chi-soo merancang untuk membangunkan semula kawasan di mana kedai ramen beroperasi, dan bapa Chi-soo cuba menggunakan apa cara untuk memisahkan mereka. Chi-soo mengetahui hal tersebut telah membuat keputusan untuk tinggalkan kedai ramen bagi memuaskan hati bapanya . Eun-bi mengetahui tindakan Chi-soo dan terus datang ke apartmen keluarganya untuk berjumpa chi-soo. Bapa Chi-soo mengugut supaya Kedai ramen ditutup, tetapi akhirnya kedai ramen menjadi sebuah kedai yang maju. Pengakhiran cerita agak hambar, Chi-soo melawat Eun-bi selepas dia telah memulakan perkhidmatan dalam Tentera Korea Selatan, mereka sangat gembira melihat antara satu sama lain. -wikipedia

Cerita yang memaparkan 16 episod ini agak bosan sikit pada saya, boy over flower lagi best agaknya. Dari awal cerita saya amat berminat pada kang hyuk mungkin sebab dia cool! hahaha.. So, pada yang memang minat cerita romantis komedi amat dialu-alukan untuk menonton drama bersiri korea ni. 
Untuk tengok online bolehla check it out di sini :- Flower boy ramyun shop.

Selamat menonton. daaaa ~ :)

eh? HAHAHA!

jangan lupa follow blog my life expression

No comments:

Post a Comment