first off all.. saya nak minta maaf pada sesiapa yang agak-agak terasa dengan belog saya.. mahupun dulu, sekarang atau akan datang. semua dalam Belog saya ini hanya untuk luahan, tiada yang mencaci atau mengherdik manusia-manusia yang masih hidup atau meninggal dunia.
Baiklah, sekarang, saya ingin membuat satu story yang panjang harini..sebelum saya memulakan kerja saya sebagai apa entah di sentul raya dengan gaji yang ciput (berazam mendapat pekerjaan baru).
Mula dengan kisah seorang gadis kampung yang sungguh suci murni, yang tidak tahu tentang keburukan. gadis yang dibesarkan di kampung bersama opah dan atuk, manakala keluarganya tinggal di bandar bersama adik beradik yang lain. gadis ini adalah seorang gadis yang sangat nakal. hobi nya adalah melukis, gemar bercerita dan meluahkan perasaannya pada diary yang tebal. kehidupan dikampung amat selesa dan membahagiakan ditambah kasih sayang seorang opah yang penyayang, dan atuk yang tegas.
kehidupan yang sempurna itu bertukar sedih apabila sigadis dipintah bersekolah rendah di bandar. dengan perwatakan yang agak ganas, si gadis menjadi lebih agresif dengan menyukai suasana bandar sekali gus melupakan suasana kampung yang indah dan opah dan atuknya.
selepas tamat belajar disekolah rendah. si gadis berfikiran lebih positif apabila meminta untuk bersekolah menengah asrama penuh di kampung. kembali nya dia ke kampung, dengan suasana indah, di pelukan opah dan atuk. si gadis masih beperwatakan seperti lelaki dan tiada ragu-ragu dalam percakapan. bagi dia, segala yang dilakukan hanya untuk keseronokan. dan baginya hidup nya indah. dan semua rakan amat senang dengannya. sehingga suatu ketika. opah kesayangan pergi meninggalkan nya tatkala sigadis berada di bandar. kesedihan tidak dapat dibayangkan apabila satu-satunya insan yang disayangi selain ibu bapa, pergi meninggalkannya. setahun bersedih, sigadis membuat keputusan kembali tinggal bersama ibu bapanya di bandar meninggalkan atuknya. selepas habis sekolah menengah, atuknya meninggal dunia. sebak dan menyesal tidak dapat dikatakan. kesak kerana tidak menjaga atuk.
kini si gadis sudah dewasa, di besarkan keluarga yang sempurna, keluarga yang dikenali ramai... mula mempelajari tentang kehidupan keluarga yang bahagia. walaupun dibesarkan dalam keluarga yang sempurna, namun dia tidak pernah riak untuk mengatakan tentang dirinya. tentang kehidupan keluarga nya. kehidupan ibu bapanya yang berketurunan baik-baik. kerana dia sedar, dia hanya gadis kampung yang hanya menumpang kesenangan dari ibu bapa.
dan si gadis mula memikirkan tentang masa depannya, memikirkan bagaimana orang lain yang hidup dalam keadaan riak. memandang sambil tersenyum, dan menarik nafas lega kerana dia tidak pandai meluahkan segalanya sebegitu rupa. si gadis bangga dengan kebahagiaan nya. walaupun kadang kala, agak terkilan dengan kata-kata kesat yang menyakiti mengatakan sesuatu yang salah.
kadang-kadang sigadis menangis tanpa sebab atas kesilapan yang pernah dilakukannya, tentang ketidak jujurannya kepada ibu bapa. kadang-kadang juga dia tersenyum mengenangkan kisah bahagia. benar, sigadis banyak melakukan kesilapan, kesilapan yang tidak pernah dijangka keburukannya.
dan kini sigadis bangkit, dengan tiada ragu, untuk mengejar cita-cita, memandang kehadapan tanpa peduli tentang kehidupan lampau. cuba menyerah kepada takdir atas apa jua yang berlaku ditambah usaha yang penuh kesabaran.
story ini saya type bukan untuk sesiapa, untuk kesedaran kepada diri saya, sebenarnya panjang lagi cerita yang ingin saya ceritakan. tapi tangan dah terlampau lenguh, sebab semalam isi borang banyak sgt..X'D
renung2kanlah..