so, disini ada sedikit info pasal planet kembar bumi tu.. aku copy n paste..hihi
VIVAnews - Pakar astronomi Amerika syarikat (US) telah mengaku dan menemui planet di luar galaksi serupa dengan bumi.kedudukan planet tersebut berjarak 120 trilion mile atau sekitar 1,932 trilion kilometer. persoalannya bagaimana mereka menemui planet tersebut?
Pengkaji dari Universiti California di Santa Cruz , Steven Vogt dan R Paul Butler, astronomi dari Institut Carnegie di washington mengatakan bahawa mereka menggunakan teleskop canggih untuk menjejaki planet tersebut , namun masih gagal.
Para cendiakawan telah mengamati planet ini dengan suatu bintang yang dikenali sebagai Gliese 581 selama sebelas tahun . bintang tersebutlah menjadi panduan untuk dijadikan orbit bagi menjejaki planet mirip bumi tersebut..Planet ini merupakan planet yang keenam ditemui oleh para pengkaji yang mengeliling Gliese 581. menurut Vogt , dua planet lain dijangka sesuai untuk dihuni namun yg lainya tidak kerana terlalu panas.
Sebelum ini planet kelima yang ditemui juga tidak sesuai untuk dihuni oleh manusia kerana suhunya terlalu sejuk. Namun planet yg terbaru ditemui ini iaitu planet keenam dalam kajian adalah kelihatan lebih mirip dengan cuaca planet bumi. kemungkinan besarnya bersesuaian dengan hidupan bumi kerana koordinasinya tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh dari bintang
Planet ini dinamakan Gliese 581g sempena nama bintang yang menjadi pusat putaran disebut Gliese 581a. Namun, Vogt tidak setuju dengan penamaan planet tersebut kerana nama tersebut tidak bersesuai dengan keadaan planet yang ditemui.beliau lebih suka menamakan planet tersebut sempena nama isterinya Zarmina.
Gliese 581 dianggap "bintang cebol" besarnya hanya satu per tiga dari matahari. Oleh demikian ianya tidak boleh dilihat melalui teleskop dari bumi walaupun menggunakan peralatan teleskop canggih.
Penemuan para astronomi ini telah diumumkan di media Astrophysical Journal dan juga di National science Foundation, Rabu 29 September 2010.
Pakar astronomi di Universiti California, Amerika Syarikat mendakwa telah menemui sebuah planet yang menyerupai bumi di luar sistem suria. Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. Planet yang dinamakan Gliese 581g itu kononya memiliki saiz dan graviti yang setara seperti bumi. Gliese 581g juga mempunyai permukaan dan kawasan yang berkemungkinan mengandungi cecair (air) menjadikannya sesuai untuk didiami.
Tetapi itu hanyalah satu kemungkinan sahaja sebab 5 pakar yang terlibat dalam penemuan tersebut belum dapat mengesahkan sama ada wujud atau tidak air di planet itu. Mereka hanya membuat andaian berdasarkan kedudukan Planet Gliese 581g yang terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan (zon habitat bintang) yang memiliki suhu tidak terlalu panas atau sejuk bagi membolehkan cecair membentuk lautan, sungai dan tasik.
Planet Gliese 581g berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi dan ia juga dikatakan mengambil masa 37 hari untuk satu putaran penuh mengelilingi satu bintang (dinamakan Gliese 581) yang dianggap seperti matahari. Saiznya didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer. Planet yang digelar sebagai ‘Bumi Baru’ itu bagaimanapun mungkin tidak berputar pada paksinya. Oleh sebab itu satu bahagian pada planet berkenaan akan sentiasa menerima cahaya dari Gliese 581 secara terus menerus (seperti waktu siang) manakala bahagian yang bertentangan selalu gelap (malam). Jadi ia agak berbeza dengan bumi.
Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut. Mereka berpendapat yang lokasi paling sesuai dihuni pada planet itu adalah sepanjang garis di antara kawasan gelap dan terang (yang dikenali para ahli astronomi sebagai ‘terminator’). Menurut pakar lagi, untuk sampai ke planet Gliese 581g dari bumi, sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di sana.
sumber : kosmo.com.my & http://www.wired.co.uk/news/archive/2010-09/30/gliese-581g
so dari pandangan korang lah kan? korang berminat tak nak tau lebih lanjut tentang planet ni? ihihi.. aku sangat berminat, walaupun tidak terfikir untuk pergi ke planet kembar bumi tu.. yela, kalau ada manusia dapat pergi sana pun? kita yang biasa2 ni boleh ke? hehe.. tapi aku betul2 berminat untuk tahu, benarkah ia ada kehidupan atau sebaliknya.. renung2kan, dan selamat beramal :)
- Dilihat dengan menggunakan teleskop observatorium Eropa Selatan di La Silla Cile.
- Planet ini mengitari bintang merah Gleise 581
- Memiliki kandungan air
- Temperatur dan bentuk belum diketahui pasti
- jarak dari bumi 120 triliun mil
No comments:
Post a Comment