Search..

Monday, December 27, 2010

seindah khayalan

ku lihat kegembiraan manusia sekeliling, aman ku rasa,
ku tatap keharmonian setiap insan..
kadang ku terfikir, merehatkan otakku untuk berfikir lebih rasional.
sesetengah orang yang hidup dengan mengaibkan insan lain..
sangat menarik..
bagaimana dia hidup?
senantiasa berlegar-legar dalam kepura-puraan. 



kadang nafsu syaitan memaksa aku bertindak luar jangkaan,

tapi aku masih mempunyai ramai penenang hati.

peneman sejati.. yang bisa meruntuhkan nafsu syaitan itu.

hayat sering berpesan pada aku, untuk lebih bersabar,

diam bukan bererti kalah..

senyuman lebih penting dari hati yang buruk.


mengeluh sendiri..

aku redha, setiap nafas ku, nafas yang baik.

sekurang-kurangnya aku tidak dibelenggu hati busuk insan lain.

tenang bila difikirkan kembali saat kegemilangan,

perit dirasai, bila mengenangkan kisah pahit.



apapun,

apa yang kita ada sudah memadai dari apa yang tidak. bukan?
aku bersyukur kerana aku masih mempunyai kesabaran.
aku tidak suka mengaibkan orang,

maaf jika aku pernah, sejujurnya, aku tidak berniat.
walaupun insan itu musuh ketat aku..
walaupun aku lagi buruk dari apapun.


hidup lebih indah jika kita memikirkan tentang perjalanan hidup kita
bukan untuk menghancurkan insan lain.

past is past, masa depan adalah satu harapan

aku tidak berani menyesal, tidak sesekali menyesal.

apa yang aku sisipkan,
tiada makna yang bisa menusuk dada sesiapa
jika kau terasa, maafkan aku.


kita insan biasa, tidak lari dari mala petaka~


cebisan kata-kata dari sang penanti.
assalammualaikum

Saturday, December 25, 2010

kawan-kawan KAHWIN..

YESTERDAY~


Adalah hari perkahwinan kawan-kawan ku.. yang dari sekolah sehingga ke politeknik.. Tahniah ye kawan-kawan.. ada juga aku bertanyakan tentang feel mereka.. wah, mereka kata, tiada apa-apa pun..

"tiada feel kah?" Y_______Y' ehe~ i mean, nerves ke.. happy sangat ke.. terlonjak-lonjakke? hihi...



tapi bagi kawan-kawan yang sudah melangkah ke alam perkahwinan tu, aku amat berharap mereka akan memulakan satu kehidupan yang lebih baik.. sampai ke anak cucu.. hihi.. walaupun datang dengan hanya salam pengantin dan bye-bye, bagi aku cukup untuk aku happy melihat mereka happy.. weee..

(yer, aku datang teman..)



tahniah sekali lagi sahabat, mungkin niat sebenar aku hadir sebab mama pesan

"jangan tak datang majlis orang bila orang dah jemput, nanti majlis sendiri takde sape nak datang.."

hihi~ bukanlah berniat nak kahwin pada usia muda, tapi sebab terkenangkan mama pesan.. yeee~

tapi bila difikirkan berulang kali lahkan, seronok kalau dapat datang awal, dan bertemu rakan-rakan yang lain.. hehe~ dang! syahdu rasanya..



bagi aku, macam nerves je bila nak kahwin ni.. tak tahu kenapa bagi orang lain COOL sangat.. but for me, sangat tak dapat nak jadi COOL..mungkin sebab sentiasa dengan keluarga tercinta, bila tengok kawan-kawan duduk atas pelamin, berpegangan tangan, rasa macam, wow!! sukar nak story bout that feeling.. poyo sudah!hahahaa...



oh, semalam lepas pergi kenduri, kami sekeluarga pergi melaka, nenek masuk ICU sebab strok. jadi sampai rumahpun pagi. teringat pula kawan comel aku, dia terpaksa pulang ke perak atas urusan tertentu. i miss u erin.



tidak banyak yang dapat aku sisipkan.. yang aku masih tidak lupa, kepada mama dan ayah yang membawa aku ke hulu ke hilir, untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan aku.. "juga perkahwinan kawan-kawan mereka".. TERIMA KASIH MAMA DAN AYAH!

series, semalam hari yang memenatkan.. hihihi...



here my friends wedding picture :


Afiq izzani and wife *siti fatimah
even dtg paling lambat.. berkesempatan tengok mereka..
kau kahwin dulu ye afiq! :)


si angah dan sharina..
im just to lucky sebab datang time mereka dah salin baju
but, mereka sangat sporting bila permintaanku ditunaikan..
walaaaaaah... selamat pengantin baru :)
dan selamat ke anak cucu..
amin~


anyway guys.. thanks for invite me :)

Monday, December 20, 2010

Aku Dan Kamu

melihat, semua gambar, segala cebisan komentar. semua aku ulang berkali-kali.. masa begitu pantas tanpa kita  sedari, manusia datang dan pergi.. kucing juga begitu. :) 


aku tersenyum sendiri, ditemani hujan dan kilat sabung menyabung, membuatkan hati lebih terdetik untuk mengimbau masa lalu. lama, keadaan begitu lama.. aku rindu segala-galanya. alhamdulillah, ada yang masih setia, ada juga yang sudah lupa. itu semua takdir.. takdir?yer, aku percaya tentang takdir. semuanya bermula dari Tuhan, dan diakhiri oleh-Nya jua. setiap ayat yang keluar, dari mulut setiap insan, ia juga bermula dari takdir yang telah ditentukan..



insan yang hadir dalam hidup aku, semua nya cukup unik, cukup pahit untuk ditelan, tapi manis untuk di semadikan. ramai sahabat yang sudah berumah tangga, ada yang akan berumah tangga. ada juga yang sudah tiada. hanya al-fatihah dapat kuberikan teman. mungkin kita lupa, aku juga.. bahawa semua ini satu percaturan dunia, kita merancang, ya, kita hanya merancang,tuhan yang akan menentukan. dan tanpa usaha, kita tidak akan dapat hasilnya. apa yang kita lakukan, disebabkan diri kita sendiri. bangun, bangkit, bahkan tidur. tiada yang menghalang, tiada yang memaksa. (walau dipaksa tidur tapi mata masih tidak lelap.) itu semua kehendak Tuhan. andainya hidup tiada erti kehidupan, kita tidak akan ada dimuka bumi ini.



there a wisdom behind the creation~~
ada hikmah disebalik kejadian~~


aku bukan penulis yang bisa mencoret sebuah kata-kata yang panjang, juga bukan sang pencerita, apa aku tulis, atas hati aku untuk mengungkapkan sesuatu, satu masa nanti, akan ada insan yang membuka blog aku dan bertanya tentang hidup aku. ya, semua aku sematkan di dalam blog usang tak usang ini. untuk ku buka suatu hari nanti. semuanya akan kuimbas, dengan satu senyuman, penuh keikhlasan. itu satu doa dari ku.
kerana setiap yang buruk datang dari aku, yang baik semuanya dari Tuhan yang satu.




imbas kembali semuanya. kenangan kita.. suka atau tidak.. maafkan aku..
jika ada yang aku tidak selitkan.bukan bermakna aku lupa.
maybe the connection lost..
MAAF










  Kamikaze

Luhur


Singkap kembali detik akhir bersama
Linangan airmataku menitis
Dalam pelukan dakapan yang terakhir
Mengalir darah membasahi bumi
Pergi yang tak kembali untuk selamanya
Segar indah namamu di hatiku

Perjuanganmu bagai lilin membakar
Bersinar menerangi kegelapan
Rela berkorban meredah onak berduri
Jasa baktimu sejernih air di kali
Bersemadilah engkau aman di pusara
Sinar cahaya murni keramatmu
Berjihad biar menitis oh darah terakhir
Menjadi lambang cinta yang terluhur

( korus )
Sayu dan pilu bermain di jiwaku
Hilang mu kini tiada pengganti
Hanya namamu tersemat di kalbuku
Menjadi satu kenangan abadi

( ulang korus )

Menjadi satu kenangan yang abadi


Wednesday, December 8, 2010

suka ambil tahu?

terima kasih sebab peduli?






 urp.. entry tu tiada makna apa-apa, saja suka-suka..sebab ramai yang suka complain tentang kehidupan orang lain.. perlu ke? sekarang life dah cerahkan, perlu apa lagi dong??hihi...

memang macam-macam nak story, tapi idea hilang bila internet mula memprotes kerja aku.. mungkin aku tidak digalakkan mencaci orang.. owh, maaf semua kawan-kawan..apa yang terjadi semua secara tidak sengaja.. kita hanya merancang, tuhan tentukan~





oh, semalam.. ada najis tak dikenali tersesat singgah blog aku.. eww.. gelila.. jangan la singgah lagi ok? sebab aku tak perlukan kau pun... *mungkin beliau tiada life kot, kesian, hidup terlalu perfect sampai sebok maki orang 24 jam.. yeee :)





Mungkin ada musuh?

yup, siapa sangka kan? mungkin aku mempunyai ramai musuh.. haha.. siapa tahu? kamu semua ada musuh? musuh dalam selimut? musuh yang berkudis.. makin garu makin sedap? atau musuh yang cuba mengada-ngada.. biasalah perempuan, banyak sangat buat dosa kebasahan~ eh? kalau lelaki macam mana.. oh.. itu lagi loser kot.. hahahaha.. dang!!



oh yer, sebut pasal musuh, aku masih nak cerita pengalaman aku ke DESARU *tak ada kene mengena dengan musuh pun..

sebenarnya DESARU adalah satu tempat yang sangat indah, pantai, hotel.. semua nya.. termasuk puak-puak atau kawan dan kakak-kakak yang ada disitu.. aku suka DESARU. thanks kepada yayan~

disebabkan aku mengantuk dan letih, aku tak dapat nak cerita berjela pasal DESARU.. dan nampaknya terpaksa sambung di lain hari.. hihi.. *siot



ha, sebelum apa-apa, aku juga mahu berpesan pada sesiapa sahaja yang suka meluangkan masa baca disini.. sekali lagi.. *tak pernah baca? baguslah..tapi sekarangni tengah menuliske? hahaha~



"blog saya adalah untuk diri saya sendiri.. saya tidak perlukan pengkritik atau siapa-siapa yang agak suka menyemak.. kalau nak berkawan, follow je, owh, follow secara haram? itu lagi loser tau..haha.. dulu saya hide blog saya, saya on balik kerana kawan-kawan.. seandainya anda tak suka? itu saya tak pernah peduli.. dan semestinya saya bukan seorang yang bacul seperti anda.. kerana orang macam itu sangatlah tak ada life dalam hidup dan menyemak di blog saya.. (*yang agak-agak terasa..) dan saya tidak mengejar popularity pun..tak perlu pop up ke, link ke, fev blog atau apa-apa yang berkait..because im still not ready.. juga saya bukan jenis orang yang suka hidup dalam kepura-puraan.. konon-konon life bahagia, nak mewah, segak.. hakikatnya? porak peranda dan busuk hati pada orang lain.. tapi takpela.. life kamu perfect sangat, sebab tu kamu suka kutuk life orang lain.."



Bagi aku~ hidup perlu ceria.. walaupun ditimpa kebasahan.. hahahahah~
oh yer, sebelum apa-apa, aku nak beritahu sesiapa yang tiba-tiba singgah kat blog aku ni..


CAT for SALE
4kitty + mama cat..
3persian, 2mix..
interested or anything~

PM me..
Facebook lagi ok.. :)


"dah kalau lawa, lawaler jadinye, ate, dak usah le buat hodoh rope itu.. getik aye nengok.. perangai tak semegah di tambah pula rhebe yang sungguh kesian bebeno, kononnya nak cuba psyco aye, diri sendiri yang kesian aye nengok, idokler aye paham perangai manusia rhope ni.. eyh, tak sior aye nak layan, biorle yak? tak luakpun.. tapi aye pelik.. ngape deme suke beno ngaco.. deme takde kerje le tu.. kesian..~"


kembali bertugas..



assalammualaikum~ :)



Saturday, December 4, 2010

dan...

my baby bear-bear.. remind me to my bubbly hayat! hihi..wek~~~


heii... its time for the weekend! damn.. so bored right now, waiting for him.. skypoo~
tapi.. dia tak bangun lagi.. seeeh, awal pagi lagi ni.. ngehehe.. sempat nonton 'cinta kirana' yang agak sengal ceritanya ni.. hahaha.. lawak-lawak..



DAN baru tadi, sebentar tadi, kawan aku bawa 4ekor anak kucing DAN ibunya.. ke rumahku, RM250 package.. hihi.. syiok!! cute juga ni..

kangen doh tengok movie.. pfft, semenjak hayat sudah pergi sambung study.. dah tak nonton movie lagi.. adeh la~ :)



and the rain is falling, i miss u darling..

when i want to sleep.. i remember our memory and yes, its so sweet..



miss u kenshn hayat!!

!L0Ve!



*wei.. ko ni kan, Semakkan Blog akujer! isk isk..

Friday, December 3, 2010

seribu dua rasa

bulan december.. kembali.. yeay!! happy tau~

new year tahun ni tanpa kamu sayang.. damn!

mesti tak best kan? hmmm..

how about u?

bulan lepas kita asyik bertengkarje..

kesedihan melanda diri..



:)



cuba bertenang..hela nafas panjang..dan aku bahagia

hati rindu dia
*hayat

Wednesday, December 1, 2010

Jangan letakkan diri pada tempat yang tinggi, kau mungkin terjatuh nanti.

Sekarang aku berada di office, sangat menyedihkan bila aku rasa seperti tidak mahu lagi bersandiwarakan diri disini.. kui kui kui.. dunia ini luas, aku banyak merantau beberapa hari ini, dengan kerenah sahabat office *yayan yang banyak membawa aku mengenal kawasan-kawasan yang masih mengamalkan budaya kekeluargaan.. hihi.. (yeke?)



Dan buat pertama kalinya, aku pergi ke sebuah tempat yang agak pendalaman, DESARU

tempat yang memang sesuai untuk semua manusia di muka bumi ini.

indah, menakjubkan..

peramah ; itu lah yang sangat sesuai untuk pekerja, pnduduk & manusia yang ada di Desaru..



*walaupun pakcik kedai makan.. hihi, lagu awie & amy search tu memang GEMPAK la bro.. auwwch

sempat aku mengambil gambar yang menarik disana

dan kenal rapat orang-orang DESARU..

hihi.. jakun? oh.. ada aku segan? tidak sama sekali..



waah.. masa dah tamat.. time to go home and skype with my baby~ <3



Ombaknya menyamankan.. ups, nanti aku letak gambar tempatnya ok..
credit : Nur

Tuesday, November 30, 2010

manipulasi..

Sebenarnya, aku bukan sengaja memberi pendapat kepada seseorang tentang manipulasi.. Bila sebut pasal manipulasi je.. orang akan kata.. ia perkara yang tak baik.. ia sesuatu yang gila, sakit jiwa.. Perkara negatif, yang dipandang hina dan menyakitkan..
Tidak bagi aku, ia juga sekadar kata-kata bangga yang sekali gus menunjukkan anda hebat tentang penceritaan dimana memberi sesetengah manusia menjiwai dan mempercayai perkara tersebut. Manipulasi bukan sesuatu yang negatif sahaja. Ia membawa banyak erti, aku pun tak pasti kenapa perlu rasa ia memeritkan? Mungkin lain orang lain cara bukan?


So, Di sini aku nak terangkan lebih jelas kepada sesetengah orang yang tulis panjang-panjang kat blog tapi langsung tak paham apa itu manipulasi.. Sedangkan dalam masa yang sama anda cuba memanipulasikan sesebuah penceritaan realiti juga fantasi dan memberi sesetengah pihak menjiwai perkara tersebut serta mempercayainya, dan mungkin ia mempengaruhi seseorang.  Adakah anda sedar yang anda sedang dimanipulasi atau sedang melakukan sesuatu dengan cara manipulasi? Mari kita lihat.


cara aku memanipulasikan gambar :)




Manipulasi ..


1.   Perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat atau sebagainya) atau mengerjakan sesuatu (dengan tangan / mengolah) dengan cekap semestinya..
~seperti selalu kurosawa menyegarkan filemnya dengan visual dan bunyi yang menarik…
~menguasai bahasa dengan unsur sastera dimana memberi penjiwaan sedih, gembira atau sebaliknya…


Jelas : anda mengolah dan membikin sesebuah karya, seperti filem, gambar, perkataan yang di olah, buku novel dan sebagainya.
Tidak semua perkara kita boleh olah dengan baik bukan? Dengan menggunakan karya sastera ia juga boleh kelihatan menakjubkan.
Dalam seharian, kita terkadang menggunakan cara memanipulasi.. tapi sesetengah pihak berpandangan salah tentang maksudnya..
Ia bukan sesuatu yang sama seperti Psycho (menarik kepada sesuatu)


2.   Segala tindakan atau selok belok untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan (pendirian) orang lain tanpa kita sedari.


Jelas : secara positifnya seperti membawa seseorang kepada jalan yang benar tanpa memaksa atau paksaan. Menerangkan tentang masa depan yang tidak pasti benar dan membuat seseorang keliru dan percaya tentangnya.


3.   Sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yang dilakukan untuk faedah sendiri


Jelas : ini selalu terjadi pada masyarakat kita sekarang. Tanpa disedari mereka menyalah gunakan kesenangan dengan melakukan perbuatan yang membuatkan orang lain memberi tanpa menerima. 
Cth : abu seorang yang kaya, dan kawannya mengambil kesempatan dengan kekayaan abu..


Ok.. mungkin bagi sesetengah orang ia agak kurang jelas.. tapi ini adalah benar dari kamus dewan bahasa..dan aku mungkin memanipulasinya kembali dengan mengolah cara aku sendiri. Sekarang anda boleh faham apa itu manipulasi dari segi baik & tidak. 


Manusia tiada yang sempurna, bagi seseorang yang dapat menjiwai sesuatu dan mempengaruhi seseorang boleh dipanggil pemanipulasi.. dan jika akulah orang itu, ia sesuatu yang hebat.. bukan kerana aku jahat.. tapi kerana aku mencuba melakukan sesuatu dan ia dapat diterima ramai. Dan kadang kala ia membuatkan orang tidak menyedari perkara tersebut sudahpun terjadi. Salahnya arti manipulasi ialah dari segi negatif tentang salah guna perkataan. Dimana dengan cara tidak baik dan perlahan2..


Anda sang pemanipulasi? Patutkah anda berbangga atau rasa dihina?
Teruskan.. berfikirlah, kerana dengan berfikir dapat membuatkan anda rasa lebih sempurna..
Mungkin apa yang aku sampaikan ini sudahpun memanipulasikan diri anda..
Renung-renungkan.. dan selamat sejahtera hendaknya..

Tuesday, November 23, 2010

Dengan Tiba-tiba

heyyo all dreamers,

today aku ada topik hangat, al-maklumlah tengah lunch n sendirian di ofis.. jadi aku membuat satu topik panas.. hihi.. owh yer.. apakah itu faible d'esprit?? atau dalam kata orang keputihan 'heart rot'.. atau ayat sebenar nye, low minded, jelousy or etc.. hihihi..



setiap manusia akan ada kekurangan masing-masing.. tak semua orang dalam dunia ni sempurna..

ada ke? habaq mai sat.. :P

so, tajuk topik hangat harini sebenarnya ialah 'busuk hati..' busuk hati bukan bermaksud hati kita busuk..tapi lebih kurang macam dengki.. dengki lagi baik sikitla dari busuk hati.. mungkin orang dengki sebab kejayaan orang lain.. tapi dia just dengki sahaja..kalau busuk hati plak.. dia memburuk-burukkan orang, walaupun dengan hanya satu perkataan.. hihihi :) ala, orang macamni suka tunjuk lagak bagus, and dia jer betul..like, whatever~.. hihi :)

konon-kononnye, macamni :

"pak abu dan pak leman bekerja sebagai tukang sapu, mereka dilayan sama sahaja setiap masa.. tapi pak abu lebih rajin dari pak leman, maka, pak abu dinaikkan pangkat menjadi tukang kebun bunga. oleh yang demikian, pak leman ni jeles, lalu di reka2 cerita pasal pak abu walaupn mereka satu kampung.. ngehehehe"


pahamkan situasi tu? hihi.. kalau agak2 tak paham tu.. nasib badan la kan :')
okla.. berbalik pada tajuk kita.. busuk hati senyuman.. ok, sebenarnya dalam hidup kita seharian ni memang banyak sangat manusia2 yang luar dalam lain.. hihi.. bukan siang malam lain ok?
kenapa aku cakap mcmtu? sebab tak semestinya seseorang tu melemparkan senyuman dengan hati yang  ikhlas.. ye dak? tapi senyuman itu melambangkan betapa baiknya kita pada luaran..



mungkin kita tak pernah sedar yang kadang-kadang kita suka jeles dengan orang.. jeles utk kebaikan amat la baik..tapi jangan pula jeles sbb lain.. uih, adakah kau tak waras? :P






Monday, November 22, 2010

i love him even more..

its been 3month now.. he gone away.. gesh, although we keep contact. but my heart sometime gonna blow up.. i dont know what happen to me? everything is mess now.. i love him.. i love him so much..
yuh, now i becoming so JIWANG.. well i probably have a heart too.. thats why im saying all this..haha


owh man~
i never ignore him, because i just have him beside me.. a bad dream?cwell, its just happen when i've keep wondering about what he is doing.. i know what he do is for me, for us.. for family and for future..but at the same time, i feel so alone, alone like nobody understand, i try to chill with some friends, with client.. all the thing i do.. im trying :)


On my mind, is always thingking of him.. i miss him a lot.. so deep!
this man is crazy, he never stop to keep me feel happy! i know he is the one who know me well. even sometimes our relationship going up and down..


so much feeling i wanted to share here.. i am just like time travel wife.. haha.. i love that story, but i dont like the time that the husban dead.. because im 100% fall in love with this man. why?? i just dont understand why.. hihi.. :')


this is what im feeling, feel like want to grab something that i miss, the time we've been together... i know, i know, its just 1year.. so, be cool ain.. :)
im cool enough did i? :P
i do the best to be more close to him.. although he is so far from me, i just cant let he do the thing alone.. i will learn with him, i will make him laugh.. anything he do, i want to do it too.. i dont care what ppl gonna say to me.. owh, im not worry about it ok..


working with traveling is not easy, i mean, me.. i always traveling now.. my new company..awesome!!.. and a new friends.. yuh, im lucky but i feel so creepy without him even i get what i want here.. miss him so much OK! damn!!


thats why i dont want to be sad.. because feeling sad will make he lost his confident. he is the best for me.. i knew it!


titik..



i love u  mohammad hayat bin hairudi

Friday, November 5, 2010

PsychOtic

rambut... apa yang anda rasa pasal rambut anda..

sejujurnya saya menyayangi rambut saya,

lebih sayang rambut dari kekasih saya...



rambut saya dulu sangat pendek..

saya suka ikat je kalau panjang

tak pernah bele rambut pun..

sebab saya suka rmbut pendek..



balik tinggal dengan mama n ayah,

saya dipaksa simpan rambut,

mama kata "ma xyakin ain boleh simpan rambut"

mama kata mcmtu, sebab dulu rambut aku panjang sgt.. (masa kecik2)



aku simpan rambut ke panjang 2tahun..

memang menyeronokkan dan rambut aku sangat cantik

one day, aku yang bodoh pegi dye rambut kat saloon

konon nak color purple..

tapi tak jadi, saloonpn mcm bungek..

lastly rmbut aku kejung sangat2 sebab dia buat dua kali.

Rosak ofcoz.

END!



aku kembali menjaga rambut,

pergi saloon setiap minggu

buat treatment,

and simpan hingga panjang..



tapi.. tadi.. baru je sebentar tadi..

aku berniat nak memotong rambut..

alasannya sbb rambut aku rosak..

aku pun pergi mentrimkan rambutku..

alih-alih minah saloon tu..

terus kata macamla rambut aku ni teruk sangatkan

dikatanya rambut aku rosak gile.. truk, reput

ok fine.. aku tahu..memang reput pun.. haha

tapi beragakla nak komen pun.

bapok pun tak mulut suey cam kau.. haha

than tak habis2 memaksa aku untuk beli spray treatment dia..

hello, aku dah ada beli kot..

sampai dia spray and paksa aku beli sebab dia dah spray kat rambut aku..

WTF MAN!!



aku dah menggelabah monyet masa tu..

bengang memang mesti!

lastly, hasilnya.. taaraa.. hamik pendek berjela dia potong..

ok fine, memang OK la..

tapi.. aku nak simpan rambut sepanjang dulu,

makan masa kot..

pfft,





erk??rambut baru.. jelita kah? ehe~


cau sin chi.. gudnite :)

Wednesday, October 27, 2010

the puppy!

sebut je pasal anjing, orang Islam akan kata, HARAM..
which mean, tidak boleh disentuh sama sekali.
sebab air liur mereka boleh menyebabkan satu penyakit yang tidak dapat diubati..
*like a piq


kenapa aku excited nak cite pasal puppy (anak hanjng)?
okeh, actually, beberapa bulan yang lalu.
aku & hayat kesayangan ku..
telah keluar pergi wangsa walk..
*(beli baju raya)
tak silap time tu puasa..
lepas tu. masa kami jalan balik ke MRR2 tu..
*naik motor
aku terperasan di tepi jalan ada seko anak kucing warna oren..
aku bagitau hayat..dan dia terus berenti and menoleh. 
highway kot! aku & hayat risau anak kucing tu kene langgar..




than anak kucing tu terkedek2 datang kat kami..
bila dah dekat baru aku perasan itu sebenarnya anak anjing!
*yang telah diwar2kan oleh hayat dari tadi..
sangat comel.. at first aku takut gakla sebab dia datang dekat dgn aku..
bila hayat nak angkat, dia lari ke tgh highway..
takut sangat aku tengok keadaan masa tu sebab lori and bus lalu lalang,
siap hon lagi!
and ofcoz hayat angkat puppy tu pakai plastik yg dijumpai tepi jalan situ,
menariknya, anjing tu macam suka kat hayat.
sebab asyik ikut hayat je..
tapi, bila hayat nak pegang dia,
bukan men dia lari.. sumpah comel!
rasanya puppy tu ada tuan,
barangkali dia sesat..hehe
*sebab puppy tu pakai rantai.
dalam 5minit mcmtu.
hayat dapat pegang rantai kat tengkuk dia..
and kami lepaskan dia kat seberang longkang
ketika nak blah tu, puppy tu mcm nak ikut,
even dia kat sebelah longkang besar..
kesian sangat~
hopefully the puppy SELAMAT..


esok kami tinjau tempat tu..
memang tak jumpa puppy tu lagi..
harapan kami puppy tu dijumpai oleh tuannya 
atau lebih baik,oleh ibu nya sendiri. :)


this memories is awesome.
everytime i remember it.
i will thanks to God
because i was choose the right person
where i call him, hubby
miss him so much,
because right here n right now,
he is so far from me.
outside of malaysia.


no more puppy
no more fight for small thing.
but still, we can see each other
and live like usual.
*thanks to skype..


yuh, sad ending,
but wish he will come back with glory!
I love u hayat


the best way to talk

I remember last year
itu adalah satu tahun yang sungguh memualkan aku.
*senyum* 
seronok juga, kerana tahun itu aku tlah kembali BERSIH..
kini diatas perahu sambil mengunyah bubble gum.  
aku cuba kayuh and kunyah setabah mungkin.. 
*walaupun perlahan.
semua insan mahukan kesempurnaan
adakah ia akan membawa kepada kebahagian?
fikirlah, kita perlu merancang demi masa depan..
*noob*


renung, tenung selama mungkin kau mahu..
kerana itu akan membuatkan minda kau berfikir,
tapi jangan sampai kau termenung..
*dan berangan?
oh itu tak salah,tiada siapa akan penjarakan kau hanya kerana kau berangan..
itu satu impian mungkin, just, jadikan nya kenyataan :)




kita bertengkar, bertumbuk tampar..
memberikan satu makian yang amat dalam sesama sendiri..
worth it? im very sure it worth it.. 
ya, aku maksudkan itu satu kehidupan.
bosankan kalau hari-hari, "u see me, i saw u"
sometimes, perlu juga percakaran itu.. i love it


yerla.. semua orang tak suka keep fighting each other,
tapi itu akan jadi sweet memories,
for me.. and maybe not for u.
believe me..
 kau akan tersenyum bila kau teringat semua itu


langkah aku semakin pantas,
masa dah tamat..
harus meninggalkan sisa2 ini di blog aku yg suci.
selamat sejahtera kalian..
setiap malam aku maafkan kesalahan kalian
dan jika aku salah.. maafkan aku.


perlu mendapatkan lebih double mint gum. 
aku mahu lebih ketenangan.
terima kasih Tuhan..

Saturday, October 23, 2010

Neutron Star Collision

I was searching

You were on a mission

Then our
hearts combined like

A neutron star collision



I have nothing left to lose

You took your time to choose

Then we told
each other

With no trace of fear that...



Our
love would be forever

And if we die

We die together

And lie, I said never

'Cause our love would be forever



The world is broken

Halo's fail to glisten

You try to make a difference

But no one wants to listen



Hail,

The preachers, fake and proud

Their doctrines will be cloud?

Then they'll dissipate

Like snowflakes in an ocean

Love is forever

And we'll die, we'll die
together

And lie, I say never

'Cause our love could be forever



Now I've got nothing left to lose

You take your time to choose

I can tell you now without a trace of
fear



That my
love will be forever

and we'll die

we'll die together

Lie, I will never

'Cause our
love will be forever
 
"i Play my Fev song When i remember you..
wish u always in good health there,
i be waiting for you to make my day.."
HAYAT

Just My Luck

The memories remain.. i still smell the bliss in that place, even it keep me feel so tired. i will try my best.. this keypad laptop is stuck, i cannot push the button B! maybe something blocking this B.. so, now I'm using On-Screen Keyboard.. it's lil difficult..


my belly is hurt again..i wondering why, maybe because i drink Pepsi last night for trying to not get sleep.. oh, a lot of work to do.. T____T'



i walk on the street, i see all people around me.. they all have their own goals, a way to live. happy or unhappy.. easy or hard.. same like me.. i do have one objective.. to be happy. with someone. although i am happy now 



time goes by.. people keep change, i also change for good. 

alhamdulillah.. and insyaallah..and thank Allah for giving me more success in my life..

I've got the new life now, i wish it will make me be the better person for today or tomorrow.. thanks again to all who always by my side.. especially my hayat. (i know u miss my Nasi Ayam n cupcake!)

 

'what we do is the thing that we have choose.. no one can handle it expect your self..'

 Brunei, islam and expensive country

Friday, October 22, 2010

oh.. u scare me! ouch~

actually nothing to say here.. just shock about this person.. (im a stalker 2!)

owh.. it so whateverla.. kutukla puas2 ok, tak luak pun :)~ hihi (terasake? oh..)



argh.. just forget about that stupid mess.. all my BFF also hate me when i talk about that.. weee

well, sorry about that all compliment, because im the girl who always be so honest... but i am the liar too! ngahahaha.. nasibla kan..



sekarang aku kat office.. my lovely hayat sekarang sedang lena tidur, yuh.. dia sekarang sedang tungkus lumus study disana..*wink.. ;)



and again, life is not easy kan? kadang2 hati manusia semua lain2.. pandangan orang pada orang lain pun tak sama.. hihi.. and btw to the haters, thanks for hate me ye.. without u.. nobody akan sebok2 kat blog saya ni.. hehe.. oh, and sekarang masing2 dah besar, boleh nilai sendiri mana buruk mana baik kan? kan? hihi



cakap pasal tu.. haritu my office send me to brunei.. yuh, smuanya disponsor la. atleast dapat jejak kaki kat sana.. :)

brunei is the royal place.. sana adalah kawasan yg sgt aman.. hhihihi

stop with brunei.. meh cite sal my friend yg nak kawin bulan 11-12 ni.. pergh ramai kot..ada yg da miss.. :)

kawan aku sorgni pun tengah tungkus lumus cari org utk persiapan kawin dia.. and akulah yang akan menguruskan kad kahwin dia.. hihi.. dah lama tak panaskan tgn aku ni.. lalala..

cakap pasal kawin.. oh man, xsabar rasanya waiting for my hero utk berkahwin dgn saya pula.. lalalala

owho! got back to work.. ^_^



*me POYO? yes i am.. sebab saya kacak :)*

Tuesday, October 5, 2010

Planet menyerupai bumi?

Mungkin dah terlambat saya post entry ni.. sbb berita ni dah lama..tapi, Berita TV3 haritu menggemparkan aku.. dan harini aku berpeluang untuk mengupdate.. untuk pengetahuan semua, aku memang suka mengkaji tentang alam ciptaan tuhan (maksudnya ambil tahu) hihi.. dan bila mcmni aku akan buka balik tafsir al-quran dan mengamati apa yang aku miss dalam hidup ni.. sungguh menakjubkan bila ada planet yang menyerupai bumi yang berada dalam jarak 20 tahun cahaya . dan benar atau tidak, hanya tuhan sahaja tahu.. dan itu semua kerana kebesaran-Nya.

 

so, disini ada sedikit info pasal planet kembar bumi tu.. aku copy n paste..hihi

VIVAnews - Pakar astronomi Amerika syarikat (US) telah mengaku dan menemui planet di luar galaksi serupa dengan bumi.kedudukan planet tersebut berjarak 120 trilion mile atau sekitar 1,932 trilion kilometer. persoalannya bagaimana mereka menemui planet tersebut?



Pengkaji dari Universiti California di Santa Cruz , Steven Vogt dan R Paul Butler, astronomi dari Institut Carnegie di washington mengatakan bahawa mereka menggunakan teleskop canggih untuk menjejaki planet tersebut , namun masih gagal.



Para cendiakawan telah mengamati planet ini dengan suatu bintang yang dikenali sebagai Gliese 581 selama sebelas tahun . bintang tersebutlah menjadi panduan untuk dijadikan orbit bagi menjejaki planet mirip bumi tersebut..Planet ini merupakan planet yang keenam ditemui oleh para pengkaji yang mengeliling Gliese 581. menurut Vogt , dua planet lain dijangka sesuai untuk dihuni namun yg lainya tidak kerana terlalu panas.



Sebelum ini planet kelima yang ditemui juga tidak sesuai untuk dihuni oleh manusia kerana suhunya terlalu sejuk. Namun planet yg terbaru ditemui ini iaitu planet keenam dalam kajian adalah kelihatan lebih mirip dengan cuaca planet bumi. kemungkinan besarnya bersesuaian dengan hidupan bumi kerana koordinasinya tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh dari bintang



Planet ini dinamakan Gliese 581g sempena nama bintang yang menjadi pusat putaran disebut Gliese 581a. Namun, Vogt tidak setuju dengan penamaan planet tersebut kerana nama tersebut tidak bersesuai dengan keadaan planet yang ditemui.beliau lebih suka menamakan planet tersebut sempena nama isterinya Zarmina.



Gliese 581 dianggap "bintang cebol" besarnya hanya satu per tiga dari matahari. Oleh demikian ianya tidak boleh dilihat melalui teleskop dari bumi walaupun menggunakan peralatan teleskop canggih.



Penemuan para astronomi ini telah diumumkan di media Astrophysical Journal dan juga di National science Foundation, Rabu 29 September 2010.




Pakar astronomi di Universiti California, Amerika Syarikat mendakwa telah menemui sebuah planet yang menyerupai bumi di luar sistem suria. Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. Planet yang dinamakan Gliese 581g itu kononya memiliki saiz dan graviti yang setara seperti bumi. Gliese 581g juga mempunyai permukaan dan kawasan yang berkemungkinan mengandungi cecair (air) menjadikannya sesuai untuk didiami.




Tetapi itu hanyalah satu kemungkinan sahaja sebab 5 pakar yang terlibat dalam penemuan tersebut belum dapat mengesahkan sama ada wujud atau tidak air di planet itu. Mereka hanya membuat andaian berdasarkan kedudukan Planet Gliese 581g yang terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan (zon habitat bintang) yang memiliki suhu tidak terlalu panas atau sejuk bagi membolehkan cecair membentuk lautan, sungai dan tasik.



Planet Gliese 581g berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi dan ia juga dikatakan mengambil masa 37 hari untuk satu putaran penuh mengelilingi satu bintang (dinamakan Gliese 581) yang dianggap seperti matahari. Saiznya didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer. Planet yang digelar sebagai ‘Bumi Baru’ itu bagaimanapun mungkin tidak berputar pada paksinya. Oleh sebab itu satu bahagian pada planet berkenaan akan sentiasa menerima cahaya dari Gliese 581 secara terus menerus (seperti waktu siang) manakala bahagian yang bertentangan selalu gelap (malam). Jadi ia agak berbeza dengan bumi.





Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut. Mereka berpendapat yang lokasi paling sesuai dihuni pada planet itu adalah sepanjang garis di antara kawasan gelap dan terang (yang dikenali para ahli astronomi sebagai ‘terminator’). Menurut pakar lagi, untuk sampai ke planet Gliese 581g dari bumi, sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di sana.

sumber : kosmo.com.my & http://www.wired.co.uk/news/archive/2010-09/30/gliese-581g







so dari pandangan korang lah kan? korang berminat tak nak tau lebih lanjut tentang planet ni? ihihi.. aku sangat berminat, walaupun tidak terfikir untuk pergi ke planet kembar bumi tu.. yela, kalau ada manusia dapat pergi sana pun? kita yang biasa2 ni boleh ke? hehe.. tapi aku betul2 berminat untuk tahu, benarkah ia ada kehidupan atau sebaliknya.. renung2kan, dan selamat beramal :)



- Dilihat dengan menggunakan teleskop observatorium Eropa Selatan di La Silla Cile.
- Planet ini mengitari bintang merah Gleise 581
- Memiliki kandungan air
- Temperatur dan bentuk belum diketahui pasti
- jarak dari bumi 120 triliun mil

Tuesday, September 28, 2010

Mengejar masa~ all i have is u!

"weh, aku tunggu kau tahu??"


hihi... sang pemakai kaca mata yang sering menemani aku akhirnya telah pergi sambung study.. dan meninggalkan aku sendiri.. pada mula melihat pemergian dia, aku sebak.. sedikit demi sedikit aku tersenyum megah, dan setitik demi setitik air mata jernih membasahi pipi aku.. aku tak kesal atas apa yang terjadi, sedangkan aku rela melihat dia pergi..



12.35 am, Selasa

kami bersalaman, tiada sepatah kata dikeluarkan, aku hanya mengukir senyuman manja, dan dia lantas mencium tgn dan dahiku, lantas segera pergi, aku hanya kaku, tak terkata apa2, aku lihat dia mengusap air mata berkali2, tanpa menoleh dia melambaikan tangan, sebak di dada hanya tuhan sahaja yang tahu. semuanya bagaikan mimpi.. seminit kemudian dia menelifon aku, suara sedihnya membuatkan kekuatan aku jatuh terjunam, dia terlalu menyayangi aku. aku harap selama-lamanya.



7.30 pm, selasa

aku kerja agak lewat harini, balikpun lewat.. sekali2 aku melihat telifon bimbitku yang setia disisi, aku capai telifon, aku dail nombor si kaca mata, dapat..

dia selamat tiba, waktu disana tengahari, aku bangga mendengar suara dia.



9.00pm, selasa

dia kini sudah tiba di destinasi, berkali2 dia mengadu kepada aku, kakinya sakit. penat berjalan barangkali.



12.00pm selasa

aku benar2 mengantuk, lepas main game fear2. aku tunggu dia call, sebab dia tengah mencari line telifon kat sana, murah sikit kalau dia call aku. dan akhirnya dapat. kami berborak agak lama. macam2 diceritakan. dan aku akhirnya tertidur.



pagi ini.. aku imbau kembali detik2 aku dan dia.. sangat indah.. sebelum dia tinggalkan aku, kami banyak luangkan masa bersama, kmi pergi spa ikan, kami pergi tengok movie, kami karoke, beraya bersama, makan2.. hehe.. macam2 lagi yang ku lakukan bersamanya... sangat indah, akan aku jadikan memori manis buat kita.. dan jika dia masih setia, memori itu akan abadi selama-lamanya..



 taman tasik perdana..




taman tasik perdana


Cute fish spa..


I already miss him so much!


Could i? Could i have this love forever?


The Garden.. our First Date Place!


Open House ~my home!


Hubby, me, Paksu & Half sista


aku harap, semoga jodoh kami kekal keakhir hayat, walau jauh jarak kami.. walau terpaksa berpisah selama setahun.. aku sayang kau hayat~


Sunday, September 26, 2010

beri ku masa berbicara

its raining today, just finish kemas rumah buat open house tadi.. pergh! tired already.. hihi.. hati resah je, sejak aku dapat tau hyt pergi esok.. ntah, berat je hatini.. [macam la dia tu husban aku kan?] erp.. mungkin bagi kami yer kot. sebab 24/7 kami bersama.. tiap saat, sampai family aku turut rasa kesedihan aku.. sanak saudara semua berkata benda yg sama.. mereka menanamkan aku sifat sabar dan tawakal.. ntah, mungkin risau aku yg akan selingkuh nanti..tapi 2tahun 2bulan aku jalani hidup aku dgn dia, setiap masa kami bersama.. bagi insan daif seperti aku.. itu adalah jangkamasa yang sgt lama.. dan aku impikan ia jadi selama2nya.. hingga akhir masa..



tak banyak ingin aku tuliskan.. hanya ingin meluahkan rasa sedikit demi sedikit.. cinta mmg buta.. aku tak pernah rasa cinta sedalam ini. maksud aku, cinta aku terhadap hayat.. oh, akan aku sambung cerita ini kemudian.. hayat masih dapat call aku.. dan dia sedang dalam talian.. aku syg sangat pada dia.. :)

Friday, September 17, 2010

Cerita Raya Lagi..

waaaaah.. semua orang masih sebuk beraya.. aku pulak takde pun p raya rumah kawan2.. hish2.. kawan pun tak dtg... biasala awal lagi kan? nanti mungkin dlm next week family aku buat open house.. then lepas tu family hayat pula.. tapi aku tak sure, hayat ada ke tak? hihi..



Alhamdulillah, sempat aku beraya dengan hayat tahun ni.. agak lama jugala..dan itu pastinya menyeronokkan! :)

yang seronoknya, kami beraya tak macam org lain.. ahhhahaa....

masa balik KL, aku balik naik KERETAPI TANAH MELAYU.. ihihihihi... gara2 Hayat la kan...




Bersama adik aku.. Amirul~







 then da sampai KL, flight dia delay.. ngahahaha.. tapi syokla.. 1st Raya ngan dia.. dia bawak p satu Kampung.. yeeeeeeeeee... best2.. hahahaha... :)

oh, tidak lupa dgn perubahan rupa aku bila curl.. hahahaha... pandai da aku meng curl rambut sekarangni ea? ewah2 ain.. hahahaha. :)

rasa cam matured plak! hahahaha





tapi tahunni mmg enggak ada duit raya! hahahahaha





beraya di Segambut tengah


beraya di rumah nenek hayat pula :)


masa beraya dengan hayat, malam tu kami tonton Movie! R.E Afterlife hihi.. R.E kalini agak bosan dari sebelumnya.. macam game plak~ sebab aku mmg peminat movie R.E, game dia adala 2-3 kali main.. macam hampeh.. hahhaa :D... then malang takde gamba sbb hyt xnk begamba.. buduh!!





Dikesempatan ini, sekali lagi dengan tulus & ikhlas nya, saya mengucapkan..
selamat hari raya maaf zahir & batin semua.. :)

Tuesday, September 14, 2010

Aidilfitri~

wah.. dah lama agaknya tak update ni.. hihi, semenjak banyak benda nak buat, sampai blog sendiri da berhabuk.. hahaha.. :)

So, sempena hari raya ni, nak minta maf pada semua, jika ada terkasar bahasa, termasam muka, tergigit jari, terasa apa2 jela.. harap dimaafi!

Begitu juga saya yang kurang sempurna ini, sedia memaafi semua rakan2, musuh2, teman2 diluar sana..

hoho..

owh, raya tahun ni, macam biasa jer, masih beraya di kuala kangsar, suasana biasa saja bagi saya sejak from 5.. tiada yang istimewa, semua nya biasa.. ingin diingatkan lagi kerinduan saya kepada arwah opah dan atuk yang membesarkan saya sehingga saya berjaya, walaupun tahun ini, mereka tiada, saya tetap mengingati mereka. sesungguhnya, tiada yang lebih bermakna bebanding disamping yang tercinta.

sejenak saya terfikir lagi, mungkin berkat doa saya, hayat dapat beraya dengan saya lebih lama tahun ini. sebab masalah tertentu. alhamdulillah..



so, lets check this out! keriangan di hari raya, bersama sanak saudara & orang yang tersayang! :)



sesi : bermaaf-maafan..


dikampung halaman.. rumah arwah opah & atuk


tempat aku membesar, dari kecil sampai opah & atuk pergi.. hmmmm


sesi : beraya di kampung makmur opah tiri..


sesi : beraya dikampung tok cik.. :)


sesi : Beraya di rumah opah ma pula~


Perjalanan kembali ke rumah tok cik (sebab tertinggal charger! T__T)


sesi : bergambar di masjid ubudiah.. :)




dan banyak lagi gambar! hihi..

semuanya ada disini

Click bawahni yer